Saturday, 1 February 2014

Bestfriend Forever Ever And Ever .

Assalammualaikum ,

   hai :) ayat lama tak update macam dah selalu dengar kan ? so tkyah cakap lagilah . tau tau je lah budak asrama pegang laptop time balik rumah je . so , sila faham okay ? :)

      Tajuk tu bukan bermakna aku nak tunjukkan to the whole world siapa bestfriend aku or profil bestfriend aku or anything else . and bukan jugak nak menunjuk yang akulah manusia paling bertuah kerana memiliki bestfriend yang paling supportive dan lain-lain . aku just nak cakap yang kalau korang ada bestfriend tu jagalah baik-baik . jangan jadi mcm aku ni yang langsung takde bestfriend walaupun aku dah berusia 17 tahun .

    and aku pun taktau kenapa aku belum jumpa dengan bestfriend forever ever and ever sepanjang aku hidup di muka bumi Allah yang cantik lagi indah ini . mungkin aku akan jumpa dengan dia masa dekat u nanti , or masa dah kerja atau aku memang takkan ade bestfriend langsung aku tak tau . aku takde jawapan untuk semua tu sebab aku terima segala Qada' dan QadarNya .


    bagi akulah , bestfriend ni ibarat handfone kau yang akan selalu ada dalam poket kau , celah bantal kau waktu tidur , dalam handbag kau , dalam locker kau kalau dibawak ke asrama atau kat mana-mana jelah . asalkan handphone tu berkepit dengan kau . macam tu lah aku tafsirkan bestfriend . maksudnya dia selalu ada dengan kita tak kira sama ada kita susah , senang atau sebaliknya . tapi , kebanyakan orang yang aku jumpa sekarang , diorang kata diorang ada bestfriend tapi bila aku tengok bestfriend diorang tu hmm , tak dapat nak dikata . teman ponteng kelas , teman buat benda jahat , teman langgar peraturan sekolah , haishh , macam-macam lah . yang tu dikatakan bestfriend ? sepatutnya bestfriend kita akan halang kita daripada buat benda yang jahat . bukannya lagi mendorong kita buat segala benda yang tak berfaedah tu .

   tapi ada juga bestfriend yang betul-betul baik sampai kawan baik dia tu pijak kepala dia . al-maklumlah bila dah terlampau baik , harimau apa lagi , naiklah belang dia . habis dia pergunakan bestfriend dia tu untuk kepentingan dia sendiri . tak patut tak patut . janganlah , kalau dia terlampau baik dengan kita , hargailah dia seadanya . bukannya kita mempergunakan kebaikan dia untuk benda yang tak elok .

    aku pun tak taulah macam mana rasanya ada kawan baik . sebab aku memang tak ada kawan baik sampai sekarang . aku pun tak tau lah . mungkin aku tak cukup baik dengan orang agaknya , atau memang aku ni tak layak untuk ada bestfriend ? entahlah . aku tak peduli . sebab kalau aku takde bestfriend pun , aku still boleh belajar , boleh teruskan hidup . tak gitu ?

      bagi aku kawan yang aku ada sekarang dah cukup untuk aku . aku tak perlukan lebih . diorang dah cukup untuk jadi kawan aku sampai bila-bila . biarlah aku takde bestfriend pun janganlah aku hilang kawan-kawan aku yang cukup baik dengan aku selama ni .

   

me with athirah 


shahira mahirah 


me with Farah Nasuha a.k.a FK


Nur Nadia 


me with Nadia and Kamilia 

Safawati , me , Amirah , Athirah , Ayu , Nik Nurjihan Nisrina 

 okay that's all for now . See you next  time . :) Assalammualaikum .