Thursday, 26 December 2013

Feel It .

Assalamualaikum ,

       

                Penah tak kau rasa sakit hati sangat bila orang yang kau sayang marah kau tapi kau tak buat salah pun ? Pernah tak kau bergaduh dengan adik-beradik kau tapi kau yang selalu kena mengalah ? Selalu , selalu dan selalu . Lepastu semua barang kau habis musnah , hancur dia buat sebab dia sakit hati dengan kau ? Mesti kau sakit hati kan ? Sangat , sangat dan sangat !


               Aku bukan nak bukak aib sendiri , tapi kalau dah selalu kena beralah , mesti kau rasa sakit hati even dengan family kau sendiri kan ? Lepastu kau yang dipersalahkan atas semua perkaa yang kau tak lakukan ! kalau kau buat pun sebab nak balas balik apa yang dah dia buat dekat kau ? takkan kau nak duduk diam je kalau dia baling barang dekat kau , pukul kau , rosakkan harta benda kau ? mesti kau balas balik kan ? mesti punya . memang lah orang kata adatlah adik beradik akan gaduh , tapi kalau dah selalu sangat kau gaduh , sampai kau dah tak bertegur sapa langsung , baik ke buruk ?


               And dekat rumah kau akan asyik nangis , nangis dan nangis . Sampai kau dah takde air mata nak nangis lagi , sampai kau dah serik dengan apa yang dah jadi , sampai kau dah lali dengan apa yang berlaku . pasti . tapi kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau kat sesiapa , even family kau sendiri , kau simpan sorang2 , pendam sorang2 , sampai kau dah tak tahan and kau terus nangis dan nangis lagi bila kau ingat balik semua apa yang jadi ni .


              Kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau dekat orang , kau tengok orang lain happy kau nak jugak rasa happy tu tapi kau tak pernah dapat , kalau dapat pun sikit je . kau selalu senyum bila jumpa orang , gelak kuat-kuat semata-mata nak lupakan kesedihan kau , kau buat orang gembira supaya kau sendiri gembira sebab kau dah selalu sedih . diorang tak pernah tahu , setiap senyum kau tu sebenarnya kau simpankan semua rasa duka kau , setiap gelak tawa kau sembunyikan tangis kau , setiap kali kau buat lawak sebenarnya kau cuba tutupkan tangis kau .


            Tolong rasa apa yang aku cakap ni . Bukannya aku reka . It really happen . Aku takkan cakap benda ni jadi dekat siapa tapi kalau kau sendiri ada dalam situasi macam ni , kau akan faham semua ni . Dan mungkin kau akan cakap "semua orang tak sayang aku" , "semua orang benci aku" , "kenapa dunia ni kejam" , semestinya . rasa sendiri baru kau tau erti sakitnya .

3 comments:

  1. hahah , saje nak bagi pembaca ni rasakan apa yang berlaku dekat orang yang always sedih :)

    ReplyDelete