Thursday, 26 December 2013

Feel It .

Assalamualaikum ,

       

                Penah tak kau rasa sakit hati sangat bila orang yang kau sayang marah kau tapi kau tak buat salah pun ? Pernah tak kau bergaduh dengan adik-beradik kau tapi kau yang selalu kena mengalah ? Selalu , selalu dan selalu . Lepastu semua barang kau habis musnah , hancur dia buat sebab dia sakit hati dengan kau ? Mesti kau sakit hati kan ? Sangat , sangat dan sangat !


               Aku bukan nak bukak aib sendiri , tapi kalau dah selalu kena beralah , mesti kau rasa sakit hati even dengan family kau sendiri kan ? Lepastu kau yang dipersalahkan atas semua perkaa yang kau tak lakukan ! kalau kau buat pun sebab nak balas balik apa yang dah dia buat dekat kau ? takkan kau nak duduk diam je kalau dia baling barang dekat kau , pukul kau , rosakkan harta benda kau ? mesti kau balas balik kan ? mesti punya . memang lah orang kata adatlah adik beradik akan gaduh , tapi kalau dah selalu sangat kau gaduh , sampai kau dah tak bertegur sapa langsung , baik ke buruk ?


               And dekat rumah kau akan asyik nangis , nangis dan nangis . Sampai kau dah takde air mata nak nangis lagi , sampai kau dah serik dengan apa yang dah jadi , sampai kau dah lali dengan apa yang berlaku . pasti . tapi kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau kat sesiapa , even family kau sendiri , kau simpan sorang2 , pendam sorang2 , sampai kau dah tak tahan and kau terus nangis dan nangis lagi bila kau ingat balik semua apa yang jadi ni .


              Kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau dekat orang , kau tengok orang lain happy kau nak jugak rasa happy tu tapi kau tak pernah dapat , kalau dapat pun sikit je . kau selalu senyum bila jumpa orang , gelak kuat-kuat semata-mata nak lupakan kesedihan kau , kau buat orang gembira supaya kau sendiri gembira sebab kau dah selalu sedih . diorang tak pernah tahu , setiap senyum kau tu sebenarnya kau simpankan semua rasa duka kau , setiap gelak tawa kau sembunyikan tangis kau , setiap kali kau buat lawak sebenarnya kau cuba tutupkan tangis kau .


            Tolong rasa apa yang aku cakap ni . Bukannya aku reka . It really happen . Aku takkan cakap benda ni jadi dekat siapa tapi kalau kau sendiri ada dalam situasi macam ni , kau akan faham semua ni . Dan mungkin kau akan cakap "semua orang tak sayang aku" , "semua orang benci aku" , "kenapa dunia ni kejam" , semestinya . rasa sendiri baru kau tau erti sakitnya .

Monday, 23 December 2013

Realiti atau Fantasi ?!?!?!?

Assalamualaikum :)


       Enjoy it!


 Aku pelik . semua perempuan dekat kolej tergila-gilakan dia . Memanglah hensem . tapi bagi aku dia tu poyo je . berlagak pulak tuu . and lagi satu perangai dia suka sangat kenakan orang yang sederhana.miskin ni . entah kenapa dia benci sangat . taulah dia anak orang kaya . selalu je aku tngok dia buli budak-budak yg lemah dekat kolej ni . Aku memang sakit hati sebab aku pun pernah kena buli dengan dia . Bayangkan , aku terlanggar dia sikit je , lepas tu dia pergi suruh aku buat itu ini sebagai tanda dia maafkan aku . bengang gilalah . tapi masa tu aku ikutkan je sebab ramai yang pandang dia marah-marah aku masa tu . pdahal aku bukannya sengaja langgar dia . lepastu nak suruh aku angkat buku dialah , belikan makanan dialah , buat assigment dialah . dia fikir aku apa ? orang gaji dia ? erghh --'

    Satu hari tu , aku nampak dia suruh kawan aku lapkan kasut dia . entah apa salah kawan aku pun aku tak tau . masalahnya kalau nak lap pakai tisu tk apa , ni dia suruh lap pakai baju yang dia tengah pakai . taulah baju kawan aku tu tak mahal mana tapi dia boleh fikirkan yang baju tu dia nak pakai nak pergi kelas ? ni tak sesedap hati dia je suruh kawan aku lap kasut dia yang kotor tu pakai baju . apa dia memang takde akal ? aku apa lagi , aku paling tak suka bila ada orang cuba nak kenakan kawan aku . and sampai je dekat diorang terus aku jerit '' Syed Syah Izham Bin Syed Saifuddin , kau fikir kau anak orang kaya kau boleh buli orang sesuka hati kau ? fyi , aku dah lama perhatikan apa yang kau selalu buat dengan pelajar yang lemah kat sini . Asal dengan kau ni ha ? diorang ada kacau kau ? takdekan ? aku taulah kau anak orang kaya , tapi janganlah kau nak tunjuk lagak kau dekat sini . diorang ada perasaan jugak . memanglah diorang ikut je perintah kau , diorang tak pernah bantah , tapi kau tau apa yang diorang rasa ? takkan ? dan aku takkan pernah lupa apa yang kau buat dekat aku . kau dengar sini , ni  amaran yang aku bagi dekat kau , kau jangan nak membuli budak-budak dekat sini lagi and kalau aku tau ada je budak yang kena buli , you better watch out " kataku dengan muka yang marah dan nada yang sinis . and masa aku marah-marah dia tu , aku tengok dia punya muka macam takde pape je . keras hati sangat dia tu . taktaulah kenapa aku sakit hati sangat bila tengok muka dia .

     sebenarnya dekat kolej ni , memanglah ramai yang suka dia tapi aku dengar cerita ada sorang mamat nih memang dari dulu lagi sakit hati dengan si Syah ni . Nama dia Helmi . satu haritu , aku nampak Helmi letak sesuatu dalam beg Syah waktu Syah pergi tandas . aku sempat rakam apa yang dia buat . sebab aku rasa tak sedap hati . and aku nampak dia ada masukkan satu bungkusan dalam beg Syah . aku mula-mula ragu jugak apa yang dia letak , aku ingat macam bahan saje-saje nak kenakan si Syah yang poyo tu . tapi rupanya 2 jam lepastu gempar satu kolej yang pensyarah tangkap Syah sebab bawak dadah pergi sekolah . aku bila dengar cerita tu je terus aku pergi bilik pensyarah tu . sampai je kat sana aku tengok muka Syah dah lain macam , parents dia pun ada , aku rasa ni semua perbuatan Helmi . Aku nampak atas meja pensyarah tu ada bungkusan . Bila aku tngok balik rakaman video tu , bungkusan tu sebijjik macam bungkusan yang Helmi letak dekat dalam beg Syah tadi . aku pun ketuk pintu bilik tu dan masuk . bila masuk je aku dengar parents Syah dah marah-marahkan Syah . aku minta maaf dengan semua yang ada dekat situ sebab masuk campur dalam hal ni . tapi aku ada bukti yang menunjukkan Syah tak bersalah . aku pun pelik kenapa aku sanggup nak tolong Syah sedang baru haritu aku marah-marahkan dia sebab perangai dia . aku pun keliru dengan diri aku . tapi masa tu aku fikir yang Syah tu kena tuduh sebab benda yang dia sendiri tak buat and aku harus tolong dia . aku jelaskan perkara yang sebenar dekat pensyarah and parents Syah . Alhamdulillah , Syah lepas dari tuduhan membawa dadah ke sekolah . parents Syah masa tu berterima kasih sangat dekat aku sebab dah tolong anak dia .

    Sebelum balik haritu , Syah dtg jumpa aku . dia kata dia minta maaf atas apa yang dia pernah buat dekat aku and dekat semua pelajar yang lain . dia kata dia rasa menyesal sangat . dia jugak ucap terima kasih dekat aku sebab sanggup tolong dia walaupun dia dah buli aku . aku rasa bersyukur sngat sebab dia dah berubah . akhirnya takdelah orang yang kena buli dekat skolah tu . and sebagai tanda terima kasih dia ajak aku keluar malam tu dengan dia . katanya nak belanja aku makan . aku tolak pelawaan dia sebab aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki . tapi dia sungguh-sungguh nak aku keluar jugak aku pun ikutkan je . malam tu kitorang keluar makan . habis makan kitorang jalan kat sekitar mall tu . and dia cakap yang dia nak jadi kawan aku . aku pun tak de masalah sebab aku memang tak kisah nak berkawan dengan siapa pun . bagi aku berkawan tak kira status atau pangkat .

    and hari-hari selanjutnya aku dekat kolej kitorang selalu jugak belajar sama-sama sebab kitorang dah final year dekat sini . dia study bussiness sama dengan aku dan sebenarnya kitorang dalam kelas yang sama cuma tak pernah bertegur je . semua orang tngok kitorang pelik semacam je . aku pun tak tau kenapa . tapi aku dah anggap dia kawan baik aku sebab selama dia jadi kawan aku kitorang selalu ongsi cerita , bertukar pendapat and sebenarnya dia baik , cuma sebab dia terikutkan perangai kawan dia yang buat dia jadi macam tu . habis je final exam aku lost contact dengan dia . sebab aku dah balik kg and dia mestilah dengan family dia mungkin . masa tu aku tak tau kenapa perasaan aku rindu sangat dekat dia , tapi aku ego , aku cuba tepis perasaan aku . entah , aku sendiri tak tau kenapa .

   masa graduate pulak , dia tak dapat datang , dia wakilkan abang dia ambilkan sijil bagi pihak dia . masa tu rindu aku semakin menebal tapi aku tepis sebab aku tau dia takkan suka orang yang macam aku nih . aku ibarat langit dengan bumi dengan dia . memang aku tak layak dengan dia . lepas graduate je , aku terus kerja . lama jugak aku tak jumpa dengan dia , masuk ni dah lima tahun aku lost contact dengan dia . aku cuba jugak tanya kawan-kawan dia yang lain rupanya papa dia hantar dia buat master dekat luar negara . yelah anak orang kaya kan ? bolehlah sambung study dekat luar negara .


    Satu hari , tengah aku jalan-jalan dekat mall sebab cuti kan , mestilah bosan , aku terlanggar sorang mamat nih masa aku tengah jawab panggilan . habis je aku jawab panggilan tu , aku minta maaf sebab aku dah terlanggar dia . bila dia pandang aku je , aku terkedu . and itu Syah . Lama aku tak jumpa dia . and dia pun terkejut sebab boleh jumpa aku dekat sini . rupanya dia baru balik dari luar negara sebab dah habis belajar and dia akan kerja dengan syarikat papa dia minggu depan . akhirnya , bila jumpa dia , lepas jugak rindu aku yang bertahun-tahun tak jumpa dia . tapi , bagi aku mestilah dia dah ada pilihan hati dia sendiri sebab dah belajar luar negra kan ? kaya , hensem mestilah ada yang terpikatd engan dia . siapalah aku kat mata dia nih . lepas je , kitorang jumpa haritu dekat mall , kitorang still contact macam dulu lagi and masa tu aku masih anggap lagi dia bestfriend aku . satu hari tu , dia ajak aku jumpa dia . bila aku pergi jumpa dia , tiba-tiba dia melutut depan aku . aku pun tak tau kenapa dia buat macam tuh . and terus dia cakap ' Sudikah awak menjadi pelengkap kepada rusuk kiri saya? ' aku terus terdiam dan menangis . aku tak sangka yang dia rupanya ada hati dengan aku sejak pertama kali dia jumpa aku dekat kolej . aku terus angguk setuju . aku akhirnya bahagia sangat sebab cinta aku akhirnya berbalas jua .

 Akhirnya kami hidup bahagia sepertimana semua pasangan yang sudah berkahwin . Dan kami harap supaya perhubungan ini kekal selama-lamanya hingga Syurga . In shaa Allah , Amin .

                                                                 - Cinta vs Benci -


p/s : Ini hanyalah rekaan semata - mata . samada ia menjadi sesuatu yang realiti atau kekal menjadi fantasi            aku sendiri tak pasti . Assalamualaikum :)



















Tuesday, 3 December 2013

Doa seorang wanita .

Ya Allah ,
aku memohon padaMu , 
temukanlah aku ,
dengan orang yang benar , 
benar-benar mencintai diriku , 

Ya Allah , 
aku tidak meminta lebih dariMu , 
cukuplah sekadar yang beriman , 
yang soleh , 
yang tidak mengingkari arahanMu ,
malah meninggalkannya , 
dan orang ,
yang melakukan perintahMu , 
sebagaimana disyariatkan . 

Ya Allah ,
pertemukanlah aku ,
dengan seseorang , 
yang lebih mencintai diriMu , 
daripada segalanya termasuk diriku , 
berikanlah aku suami yang bertanggungjawab ,
yang mampu menjadi imam kepadaku , 
suami yang boleh membimbingku kejalanMu , 
serta suami yang boleh menjadi bapa yang baik , 
kepada bakal anak-anakku . 

Ya Allah , 
perkenankanlah doaku ini , 
sesunggunya Engkau Yang Maha Pengasih 
dan Maha Penyayang .
Amin Ya Robbal Alamin .





                                                                                                                        - pinku -