Wednesday, 27 November 2013

Puisi dan aku .

( Ini Jodoh , Bodoh ) 

Kau memang lucu.

Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini akan jadi milik kau?

Jangan jenaka.

Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?

Kau ikat dia- kau fikir kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?

Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.

Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih

Entah-entah itu-kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang

Entah-entah itu- lelaki yang beristeri (atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah

Ini jodoh, bodoh
Bukan alat kawalan jauh

Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, Dia

Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari

Bukan nyawa
Buka hati


             Ini salah sebuah puisi yang terkandung dalam buku Langit Vanilla karya Wani Ardy , maybe ada setengah daripada korang yang dah baca buku ni . Memang best buku ni . Tak menyesal kau baca . Lepas kau baca buku ni , kau akan sedar yang semua dalam buku ni , ada kaitan dalam hidup kau . Samalah macam puisi atas tu ' , Ini Jodoh Bodoh ' . tepat dengan diri aku . seriously ! Entah lah , tapi memang kebanyakan puisi dia , memang ada kena mengena dgn hidup aku . Kalau nak tau , baca sendirilah ye :) And ya , aku memang pencinta puisi dan seumpama dengannya . cita-cita aku , nak ada satu buku yang aku tulis sendiri . karya aku . biar orang tau apa yang aku lalui kat dunia ni . Itu impian aku . Moga-moga tercapailah , Amin :D ehh , fyi , aku pun ada jugaklah membuat puisi ni . entahlah , kalau ada masa lapang or tiba-tiba banyak idea , aku akan menulis . tak kisahlah pasal apa sekalipun . And , ya sepanjang aku tingkatan empat ni , dah lebih setengah buku aku buat puisi . Entahlah , ini hidup aku mungkin . Nak cakap keluarga aku tergolong dari kalangan karyawan , memang tak . jauh sekali . aku je yang tiba-tiba masuk pulak dalam bidang penulisan ni . Maybe , ini lah keistimewaan yang Allah beri pada aku . Ya , aku akan gunakan keistimewaan ini kejalan kebaikan , doakan aku berjaya kawan-kawan . Amin :)) ya , sebelum tu , bawah ni ada sebuah puisi yang aku baru buat . Enjoy :)) 




- IMAMKU -

Aku pelengkap rusuk kirimu , 
Walaupun kau tak pernah tahu ,

Aku sentiasa di belakangmu , 
Kerna kau suamiku ,
Kau imamku ,
Dan aku makmummu .

Doamu , doaku kita amin bersama , 
Semoga jodoh kekal selamanya , 
Hingga syurga :))


                                                                       - pinku - 


p/s : memang aku gunakan ' pinku ' sebagai mata penaku :) 

No comments:

Post a Comment