Thursday, 26 December 2013

Feel It .

Assalamualaikum ,

       

                Penah tak kau rasa sakit hati sangat bila orang yang kau sayang marah kau tapi kau tak buat salah pun ? Pernah tak kau bergaduh dengan adik-beradik kau tapi kau yang selalu kena mengalah ? Selalu , selalu dan selalu . Lepastu semua barang kau habis musnah , hancur dia buat sebab dia sakit hati dengan kau ? Mesti kau sakit hati kan ? Sangat , sangat dan sangat !


               Aku bukan nak bukak aib sendiri , tapi kalau dah selalu kena beralah , mesti kau rasa sakit hati even dengan family kau sendiri kan ? Lepastu kau yang dipersalahkan atas semua perkaa yang kau tak lakukan ! kalau kau buat pun sebab nak balas balik apa yang dah dia buat dekat kau ? takkan kau nak duduk diam je kalau dia baling barang dekat kau , pukul kau , rosakkan harta benda kau ? mesti kau balas balik kan ? mesti punya . memang lah orang kata adatlah adik beradik akan gaduh , tapi kalau dah selalu sangat kau gaduh , sampai kau dah tak bertegur sapa langsung , baik ke buruk ?


               And dekat rumah kau akan asyik nangis , nangis dan nangis . Sampai kau dah takde air mata nak nangis lagi , sampai kau dah serik dengan apa yang dah jadi , sampai kau dah lali dengan apa yang berlaku . pasti . tapi kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau kat sesiapa , even family kau sendiri , kau simpan sorang2 , pendam sorang2 , sampai kau dah tak tahan and kau terus nangis dan nangis lagi bila kau ingat balik semua apa yang jadi ni .


              Kau tak pernah tunjukkan kesedihan kau dekat orang , kau tengok orang lain happy kau nak jugak rasa happy tu tapi kau tak pernah dapat , kalau dapat pun sikit je . kau selalu senyum bila jumpa orang , gelak kuat-kuat semata-mata nak lupakan kesedihan kau , kau buat orang gembira supaya kau sendiri gembira sebab kau dah selalu sedih . diorang tak pernah tahu , setiap senyum kau tu sebenarnya kau simpankan semua rasa duka kau , setiap gelak tawa kau sembunyikan tangis kau , setiap kali kau buat lawak sebenarnya kau cuba tutupkan tangis kau .


            Tolong rasa apa yang aku cakap ni . Bukannya aku reka . It really happen . Aku takkan cakap benda ni jadi dekat siapa tapi kalau kau sendiri ada dalam situasi macam ni , kau akan faham semua ni . Dan mungkin kau akan cakap "semua orang tak sayang aku" , "semua orang benci aku" , "kenapa dunia ni kejam" , semestinya . rasa sendiri baru kau tau erti sakitnya .

Monday, 23 December 2013

Realiti atau Fantasi ?!?!?!?

Assalamualaikum :)


       Enjoy it!


 Aku pelik . semua perempuan dekat kolej tergila-gilakan dia . Memanglah hensem . tapi bagi aku dia tu poyo je . berlagak pulak tuu . and lagi satu perangai dia suka sangat kenakan orang yang sederhana.miskin ni . entah kenapa dia benci sangat . taulah dia anak orang kaya . selalu je aku tngok dia buli budak-budak yg lemah dekat kolej ni . Aku memang sakit hati sebab aku pun pernah kena buli dengan dia . Bayangkan , aku terlanggar dia sikit je , lepas tu dia pergi suruh aku buat itu ini sebagai tanda dia maafkan aku . bengang gilalah . tapi masa tu aku ikutkan je sebab ramai yang pandang dia marah-marah aku masa tu . pdahal aku bukannya sengaja langgar dia . lepastu nak suruh aku angkat buku dialah , belikan makanan dialah , buat assigment dialah . dia fikir aku apa ? orang gaji dia ? erghh --'

    Satu hari tu , aku nampak dia suruh kawan aku lapkan kasut dia . entah apa salah kawan aku pun aku tak tau . masalahnya kalau nak lap pakai tisu tk apa , ni dia suruh lap pakai baju yang dia tengah pakai . taulah baju kawan aku tu tak mahal mana tapi dia boleh fikirkan yang baju tu dia nak pakai nak pergi kelas ? ni tak sesedap hati dia je suruh kawan aku lap kasut dia yang kotor tu pakai baju . apa dia memang takde akal ? aku apa lagi , aku paling tak suka bila ada orang cuba nak kenakan kawan aku . and sampai je dekat diorang terus aku jerit '' Syed Syah Izham Bin Syed Saifuddin , kau fikir kau anak orang kaya kau boleh buli orang sesuka hati kau ? fyi , aku dah lama perhatikan apa yang kau selalu buat dengan pelajar yang lemah kat sini . Asal dengan kau ni ha ? diorang ada kacau kau ? takdekan ? aku taulah kau anak orang kaya , tapi janganlah kau nak tunjuk lagak kau dekat sini . diorang ada perasaan jugak . memanglah diorang ikut je perintah kau , diorang tak pernah bantah , tapi kau tau apa yang diorang rasa ? takkan ? dan aku takkan pernah lupa apa yang kau buat dekat aku . kau dengar sini , ni  amaran yang aku bagi dekat kau , kau jangan nak membuli budak-budak dekat sini lagi and kalau aku tau ada je budak yang kena buli , you better watch out " kataku dengan muka yang marah dan nada yang sinis . and masa aku marah-marah dia tu , aku tengok dia punya muka macam takde pape je . keras hati sangat dia tu . taktaulah kenapa aku sakit hati sangat bila tengok muka dia .

     sebenarnya dekat kolej ni , memanglah ramai yang suka dia tapi aku dengar cerita ada sorang mamat nih memang dari dulu lagi sakit hati dengan si Syah ni . Nama dia Helmi . satu haritu , aku nampak Helmi letak sesuatu dalam beg Syah waktu Syah pergi tandas . aku sempat rakam apa yang dia buat . sebab aku rasa tak sedap hati . and aku nampak dia ada masukkan satu bungkusan dalam beg Syah . aku mula-mula ragu jugak apa yang dia letak , aku ingat macam bahan saje-saje nak kenakan si Syah yang poyo tu . tapi rupanya 2 jam lepastu gempar satu kolej yang pensyarah tangkap Syah sebab bawak dadah pergi sekolah . aku bila dengar cerita tu je terus aku pergi bilik pensyarah tu . sampai je kat sana aku tengok muka Syah dah lain macam , parents dia pun ada , aku rasa ni semua perbuatan Helmi . Aku nampak atas meja pensyarah tu ada bungkusan . Bila aku tngok balik rakaman video tu , bungkusan tu sebijjik macam bungkusan yang Helmi letak dekat dalam beg Syah tadi . aku pun ketuk pintu bilik tu dan masuk . bila masuk je aku dengar parents Syah dah marah-marahkan Syah . aku minta maaf dengan semua yang ada dekat situ sebab masuk campur dalam hal ni . tapi aku ada bukti yang menunjukkan Syah tak bersalah . aku pun pelik kenapa aku sanggup nak tolong Syah sedang baru haritu aku marah-marahkan dia sebab perangai dia . aku pun keliru dengan diri aku . tapi masa tu aku fikir yang Syah tu kena tuduh sebab benda yang dia sendiri tak buat and aku harus tolong dia . aku jelaskan perkara yang sebenar dekat pensyarah and parents Syah . Alhamdulillah , Syah lepas dari tuduhan membawa dadah ke sekolah . parents Syah masa tu berterima kasih sangat dekat aku sebab dah tolong anak dia .

    Sebelum balik haritu , Syah dtg jumpa aku . dia kata dia minta maaf atas apa yang dia pernah buat dekat aku and dekat semua pelajar yang lain . dia kata dia rasa menyesal sangat . dia jugak ucap terima kasih dekat aku sebab sanggup tolong dia walaupun dia dah buli aku . aku rasa bersyukur sngat sebab dia dah berubah . akhirnya takdelah orang yang kena buli dekat skolah tu . and sebagai tanda terima kasih dia ajak aku keluar malam tu dengan dia . katanya nak belanja aku makan . aku tolak pelawaan dia sebab aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki . tapi dia sungguh-sungguh nak aku keluar jugak aku pun ikutkan je . malam tu kitorang keluar makan . habis makan kitorang jalan kat sekitar mall tu . and dia cakap yang dia nak jadi kawan aku . aku pun tak de masalah sebab aku memang tak kisah nak berkawan dengan siapa pun . bagi aku berkawan tak kira status atau pangkat .

    and hari-hari selanjutnya aku dekat kolej kitorang selalu jugak belajar sama-sama sebab kitorang dah final year dekat sini . dia study bussiness sama dengan aku dan sebenarnya kitorang dalam kelas yang sama cuma tak pernah bertegur je . semua orang tngok kitorang pelik semacam je . aku pun tak tau kenapa . tapi aku dah anggap dia kawan baik aku sebab selama dia jadi kawan aku kitorang selalu ongsi cerita , bertukar pendapat and sebenarnya dia baik , cuma sebab dia terikutkan perangai kawan dia yang buat dia jadi macam tu . habis je final exam aku lost contact dengan dia . sebab aku dah balik kg and dia mestilah dengan family dia mungkin . masa tu aku tak tau kenapa perasaan aku rindu sangat dekat dia , tapi aku ego , aku cuba tepis perasaan aku . entah , aku sendiri tak tau kenapa .

   masa graduate pulak , dia tak dapat datang , dia wakilkan abang dia ambilkan sijil bagi pihak dia . masa tu rindu aku semakin menebal tapi aku tepis sebab aku tau dia takkan suka orang yang macam aku nih . aku ibarat langit dengan bumi dengan dia . memang aku tak layak dengan dia . lepas graduate je , aku terus kerja . lama jugak aku tak jumpa dengan dia , masuk ni dah lima tahun aku lost contact dengan dia . aku cuba jugak tanya kawan-kawan dia yang lain rupanya papa dia hantar dia buat master dekat luar negara . yelah anak orang kaya kan ? bolehlah sambung study dekat luar negara .


    Satu hari , tengah aku jalan-jalan dekat mall sebab cuti kan , mestilah bosan , aku terlanggar sorang mamat nih masa aku tengah jawab panggilan . habis je aku jawab panggilan tu , aku minta maaf sebab aku dah terlanggar dia . bila dia pandang aku je , aku terkedu . and itu Syah . Lama aku tak jumpa dia . and dia pun terkejut sebab boleh jumpa aku dekat sini . rupanya dia baru balik dari luar negara sebab dah habis belajar and dia akan kerja dengan syarikat papa dia minggu depan . akhirnya , bila jumpa dia , lepas jugak rindu aku yang bertahun-tahun tak jumpa dia . tapi , bagi aku mestilah dia dah ada pilihan hati dia sendiri sebab dah belajar luar negra kan ? kaya , hensem mestilah ada yang terpikatd engan dia . siapalah aku kat mata dia nih . lepas je , kitorang jumpa haritu dekat mall , kitorang still contact macam dulu lagi and masa tu aku masih anggap lagi dia bestfriend aku . satu hari tu , dia ajak aku jumpa dia . bila aku pergi jumpa dia , tiba-tiba dia melutut depan aku . aku pun tak tau kenapa dia buat macam tuh . and terus dia cakap ' Sudikah awak menjadi pelengkap kepada rusuk kiri saya? ' aku terus terdiam dan menangis . aku tak sangka yang dia rupanya ada hati dengan aku sejak pertama kali dia jumpa aku dekat kolej . aku terus angguk setuju . aku akhirnya bahagia sangat sebab cinta aku akhirnya berbalas jua .

 Akhirnya kami hidup bahagia sepertimana semua pasangan yang sudah berkahwin . Dan kami harap supaya perhubungan ini kekal selama-lamanya hingga Syurga . In shaa Allah , Amin .

                                                                 - Cinta vs Benci -


p/s : Ini hanyalah rekaan semata - mata . samada ia menjadi sesuatu yang realiti atau kekal menjadi fantasi            aku sendiri tak pasti . Assalamualaikum :)



















Tuesday, 3 December 2013

Doa seorang wanita .

Ya Allah ,
aku memohon padaMu , 
temukanlah aku ,
dengan orang yang benar , 
benar-benar mencintai diriku , 

Ya Allah , 
aku tidak meminta lebih dariMu , 
cukuplah sekadar yang beriman , 
yang soleh , 
yang tidak mengingkari arahanMu ,
malah meninggalkannya , 
dan orang ,
yang melakukan perintahMu , 
sebagaimana disyariatkan . 

Ya Allah ,
pertemukanlah aku ,
dengan seseorang , 
yang lebih mencintai diriMu , 
daripada segalanya termasuk diriku , 
berikanlah aku suami yang bertanggungjawab ,
yang mampu menjadi imam kepadaku , 
suami yang boleh membimbingku kejalanMu , 
serta suami yang boleh menjadi bapa yang baik , 
kepada bakal anak-anakku . 

Ya Allah , 
perkenankanlah doaku ini , 
sesunggunya Engkau Yang Maha Pengasih 
dan Maha Penyayang .
Amin Ya Robbal Alamin .





                                                                                                                        - pinku - 

Wednesday, 27 November 2013

Puisi dan aku .

( Ini Jodoh , Bodoh ) 

Kau memang lucu.

Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?

Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini akan jadi milik kau?

Jangan jenaka.

Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?

Kau ikat dia- kau fikir kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?

Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.

Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih

Entah-entah itu-kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang

Entah-entah itu- lelaki yang beristeri (atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah

Ini jodoh, bodoh
Bukan alat kawalan jauh

Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, Dia

Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari

Bukan nyawa
Buka hati


             Ini salah sebuah puisi yang terkandung dalam buku Langit Vanilla karya Wani Ardy , maybe ada setengah daripada korang yang dah baca buku ni . Memang best buku ni . Tak menyesal kau baca . Lepas kau baca buku ni , kau akan sedar yang semua dalam buku ni , ada kaitan dalam hidup kau . Samalah macam puisi atas tu ' , Ini Jodoh Bodoh ' . tepat dengan diri aku . seriously ! Entah lah , tapi memang kebanyakan puisi dia , memang ada kena mengena dgn hidup aku . Kalau nak tau , baca sendirilah ye :) And ya , aku memang pencinta puisi dan seumpama dengannya . cita-cita aku , nak ada satu buku yang aku tulis sendiri . karya aku . biar orang tau apa yang aku lalui kat dunia ni . Itu impian aku . Moga-moga tercapailah , Amin :D ehh , fyi , aku pun ada jugaklah membuat puisi ni . entahlah , kalau ada masa lapang or tiba-tiba banyak idea , aku akan menulis . tak kisahlah pasal apa sekalipun . And , ya sepanjang aku tingkatan empat ni , dah lebih setengah buku aku buat puisi . Entahlah , ini hidup aku mungkin . Nak cakap keluarga aku tergolong dari kalangan karyawan , memang tak . jauh sekali . aku je yang tiba-tiba masuk pulak dalam bidang penulisan ni . Maybe , ini lah keistimewaan yang Allah beri pada aku . Ya , aku akan gunakan keistimewaan ini kejalan kebaikan , doakan aku berjaya kawan-kawan . Amin :)) ya , sebelum tu , bawah ni ada sebuah puisi yang aku baru buat . Enjoy :)) 




- IMAMKU -

Aku pelengkap rusuk kirimu , 
Walaupun kau tak pernah tahu ,

Aku sentiasa di belakangmu , 
Kerna kau suamiku ,
Kau imamku ,
Dan aku makmummu .

Doamu , doaku kita amin bersama , 
Semoga jodoh kekal selamanya , 
Hingga syurga :))


                                                                       - pinku - 


p/s : memang aku gunakan ' pinku ' sebagai mata penaku :) 

Friday, 15 November 2013

I'm Ready

Assalamualaikumm ,

       Akhirnya , sesi persekolahan bagi tahun 2013 dah berakhir . Ya Allah , rasa sekejap je aku jadi budak form 4 . Rindunya dekat diorang . 6 minggu cuti ni tak taulah jumpa diorang ke takk . Diorang semua dduk jauh-jauh. mcm mana nak jumpa . hmm , tahun dpean nak SPM ? Are uolls ready ? I'm not ready yet , haha . This post nak cerita pasal apa yang terjadi kat sekolah masa last day haritu .


     First , semua pelajar packing barang-barang diorangg sebab semua dah tak sabar nak balik . lagipunn kitorang kena kosongkan loker sebelum pukul 12 sebab nani ada  org nak check . hmm , malam tu semua ajet-ajet sedih je padahal happy tu sebab nak balik cuti . haha . malam tu , kitorang takde prep , so enjoyy lah jawabnya . yalah malam last kat sekolah , apa lagi , parti smpai pagi lah jawabnyaa kan ? haha , aku dengan athirah habis solat je apa lai , siap-siap perhi kiosk nak menghabiskan duit . dengan baju dormnya aku pergi kiosk . dahh tekak teringin nak susu jagung , apa lagi borong ahh . tapi aku ada rasa menyesal sikit sebab kiosk tu dah lama jual air susu jagung , tapi aku baru nak beli sebab baru rasa kenikmatannya . tiraw pulak dengan air blue coaral je which is air yang aku tk minat , :) malam tu lepak dekat taman sekolah . tup..tupp perut lapar pulak sbb tadi tk turun DM . pergi dekat santa pulakk , nak beli maggie goreng , tapi takde . so , kuey tiaw punn jadilahh . habis mkn , balik dorm . then , mula kemas barangg .


     Habis je kemas barang , duduk borak dgn diorang sbb dah last day kan ? kak emy dtg dorm kitorang lepak sampai pukul 3 pagi katanya . kak emy kata nk habiskan masa dgn kitorang sbb nanti dah tk jumpa dahh , baikkknya kak emy . missyouu :* Kak emy ada bagi buku kat my dormmates , sbb dah tk guna . kak emy anak bongsu katanya . hmm , aku pun amiklah buku perdagangan sbb kak emy sama dgn aku , kelas perdagangan 2 . adalah jugak buah tangan dari kak emy . haha .


    Pagi esoknya , kitorang siap-siap nak pergi sekolah . mula-mula baca yasin dulu , then , kelas-kelas yang cikgu syafiqah and ummul ajar ada sedikit jamuan dekat kantin . alahaii , cikgu sejarah praktikal aku dah takde tahun depann , rindunya kat cikgu syafiqah sebab akhirnya aku dapat A untuk sejarah walaupun A- . Terima kasih cikgu sebab dah ajar saya sejarah selama 6 bulan ni . sayanggg cikgu .

   ehh , lupa nak ckp , sebelum pergi kantin , aku jumpa dgn farah dulu . nak bagi something dekat dia untuk orang , harap dia dpt jumpa dgn orang tu . Alhamdulilla , farah jumpa jugak atas bantuan akan-rakannya . Alhamdulillah jugakk apa yang aku nak buat selamat ni aku da buat . Akhirnya , aku luahkan jugak semuanya . terpulanglah dekat dia nak terima atau tak . I'm ready to hear your answer .

   Lepastu , semua boleh masuk asrama nak kemas barang . dalam pukul 12 tuu . ayah pun sampai then kemas barang yg banyak sangat tuhh sampai tetringgal baju batch aku kt dorm . nasib baik jihan bawak balik baju tuu . semoga baju tu aman dalam jagaan jihan .  lepas dah habis kemas barang pergilan dorm 4 ucap selamat tinggal , semoga jumpa lagi lepas ni . haha :) meleleh air mata aku sbb diorang dah bnyk tolong aku tahun ni . then , sebelum balik dorm one tk dilupakan . nangis aku ucap selamat tinggal kat diorang jugakk . i'm gonna miss you dorm one . we are all one . #onetastic forever .

   balik je , hmm , dalam kereta tidur dari sekolah smpai rumahh . dekat rumah online sekejap then tertidur dari pukul 4 sampai 9 . nampak sangat aku keletihan dan kecapekann . lama jugakk aku tidur . malam tu online balik nak tengok ada apa-apa tak yg dia balas , but non of it. Nvm , aku akan sabar selagi termampu . thanks to all my friends sebab dahh support aku selama ni . thanks jugak sbb ada time aku gembira and time aku sedihh . korang je yang faham aku kann ? haha . terima kasih sebab korang dah sabar dgn perangai aku yang gila-gila ni , suka memekak tak kira kat dorm ke , kat kelas ke , kat mana-mana jelahh . suka bergossip , suka makan , thanks untuk semuanyaa . aku sayang koranngg . Dorm one , aspuri , 4 perdagangan 2 , STTJ :) I'll miss you badly .

    p/s : for him , thanks for everything . i hope that you will never mad at me because what i do is I want you to know what i feel about you . thanks coz being a good friend to me , sorry for everything coz i always lie to you , being another person ( awam 1 ) , try to trick you by message you using my friend's number , pretend as a girl from civil one and all kind of things that is hurting you . I'll always consider you as my friend :)

Sunday, 13 October 2013

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum ,

     Hai , holla , and hey :) lama tak update kan ? i'm so sorry . bnyk gile kerja nak kena buat . Lagipun tkde masa nak update . Sekarang tengah cuti ni , Alhamdullilah ada masa nak update blog yang dah terbengkalai ni .ha . haha . Alhamdulillah , sekarang dah masuk 9 bulan aku sekolah . and Alhamdulillah aku still boleh duduk kat asrama sampai sekarang . :) Hmm , happy .


        Disebabkan dah lama tak update , bnyak benda sebenarnya yang aku nk cerita . First time sukan sekolah . Alhamdullilah , aku dpat emas 100m . mula-mula mcm tk yakin sbb ada salah sorang tu die mmg kuat lari . tapi akhirnya aku yang menang , Alhamdulillah . And dekat sukan tu aku rumah sukan hijau . Alhamdulillah rumah sukan aku menang tahun ni . And aku cuma menyumbang 1 emas 2 perak je . Lagi 2 perak tu acara 4x100m dan 4x400m . Patutnya aku ada peluang untuk tmbh pingat gangsa untuk acara 200m tapi aku terjatuh depan garisan penamat . and aku xdpt sumbang pingat . hmm , tk pe lahh . 1 emas 2 perak tu pun dah berbaloi bagi aku .

       Itu pasal sukan . nak cerita mid year exam pulak . haishh , ni lagi satu . aku tk dpt concentrate time exam tu sbb patutnya aku ada pertandingan f1 time tu  tapi ditangguhkan . yang aku tau pertandingan tu ditangguhkan pun lepas habis exam . mcm !@#$%^&*() kan ? erghh , tk pe . and result yang aku dpt pun agak tidak memuaskan . haishh , kalau tk silap dpt 2a 5b 3c . dpt no 4 dlm kelas . api yang peliknya aku dapt no 27 dlm tingkatan . haishh , mcm tk caye je . Tk pelah Alhamdulillah dpt jugak top 30 dlm tingkatan .

       My Birthday :) haha , birthday yang paling best untuk aku . Diorang mmg jahat , kenakan aku . Haha , Perjalanan cerita dia mcm ni . At first , aku mmg ade problem hari khamis haritu . Then , time maghrib hari jumaat , Najwa dtg dekat aku dlm surau . dia kata aku ade buat hal dgn salah sorang aspuri form 4 . aku pun defend diri aku . aku ckp yg aku tkde kena mengena dengan hal dia . aku dah tension tambah lagi dgn kawan-kawan yang lain asyik ckp pasal aku gaduh tu je , time prep aku pnggil semua org yang tau pasal gaduh tu . diorang semua mcm menambahkan sakit hati aku lagi adalah . ckp yang aku gaduh tu aspura ramai dah yang tau . and ak mcm pftt !@#$%^&*() dah time tu . then , aku ceritalah dekat kawan-kawan dorm aku , tpi diorang boleh buat derk je ? aku lagilah , apa yg aku boleh buat hanya nangis . diorang dah mcm serba salah or ape lah , aku terus lari pergi dorm . habis prep tu pulak , dorm aku penuh dgn dorm 7 . diorang main game ape ntah . ha , game silent killer . diorang ajak aku main tapi aku buat mcm tk tahu je , ckp tknk . then dlm pukul 11:45 mcm tu , budak yang digosippkan ade buat hal dgn aku tu dtg srgah aku . dahlah aku tengah tidur time tu . time dia dtg pulak ade mcj masuk . kawan aku wish happy birthday . die marah aku , aku buat dek je sbb aku tau aku tk salah , aku layanlah fon aku je time tu . dia marah aku balik , die kata aku takut tngok muka dia , asyik main fon je . aku tengking dia pulak . iyelah takkan nak mengalah kan ? haha . gaduh punya gaduh tiba-iba diorang nyanyi lagu happy birhday . wehh , aku kena PRANK . omakkkau . aku nangis time tuh . ramai gia yang dtg dorm wish happy birthday kat aku . sayang aku kat diorang . hampir semua dorm dtg . and then dpt kad daripada diorang ikut dorm . simpan lagi kad tu . cantik . thanks lah sbb sambut birthday aku . terharu sngt . kak mawaddah pun turun , wish birthday kat aku . haha . that's the happiest moment in the hostel .haha .


      lastly , pasal pertandingan f1 in school . Alhamdulillah , team aku dpt no 3 keseluruhan and lagi satu team menang knock out champion  . ni ada gambar aku sepanjang pertandingan berlangsung .


















haha , bnyk lah gambar yang aku masukkan . that;s all for now , nanti aku update benda yang lain pulak . bye :) i love you all. Assalamualaikum .










Saturday, 3 August 2013

6 Bulan Lebih Daa ..

Assalamualaikum ,


  lama tak uodate blog. maaf , terlampau banyak kerja nak buat sampai blog pun lupa nak update. okaylah , 6 bulan lebih daa .. hmm , betullah . dah lebih 6 bulan aku sekolah kat TTJ . Memang best . rugi sape tak masuk sini . hmm , dan disebabkan 6 bulan lebih tu jugak , bnyak benda yang aku dah belajar. banyak sngt.


   
                              dari kiri : wati,intan,amirah,athirah,ayu,jihan


Diorang ni semua kawan aku , kawan dorm . best gile , gempakk gile. kiteorang sekepala , sama degil , sama nakal. tak kesahhlah ape orang nak cakap, yang penting kitorang happy kan ? ahahaha .




dari kiri : athirah,intan,wati,qalis,ayu

tengok tuu , kitorang mmg macam ni. pantang nampak kamera sikit. semua posing je~ ni dekat dewan kuliah, tengah tengok pertandingan nasyid antara aspuri . kitorang tk join sbb bila kitorang join nnti , semua kalah.ahaks xD




wawa and me

korang jangan pelik tengok gambar ni , disebabkan stress punya pasal , cameroid pun jadilah. aku dengan wawa masa ni dalam bilik lk . tengah buat kerja F1 sebab pertandingan dah nak dekat . bukak cut je dah nak bertanding. kerja tak siap lagi . haishh , entahlah . doakanlah kitorang berjaya nanti tau :) 



firdaus,imran and aqmal

hmm , kerja kitorang bnyk lagi. tengok diorang tu , semua tengah buat kerja *agaknya* . haha . aku curi-2 amik gamba diorang ni , kalau diorang tahu , mmg diorang tutup muka. semua pemalu bak puteri. mengada-ngada labih. haha . 


Ni jelah post untuk harini , tunggulah . bnyk post nnti masa cuti ni. InsyaAllah , Bye , Assalamualaikum. :D






















Thursday, 30 May 2013

F1 IN SCHOOL COMPETITION

Assalamualaikum :)


                                 
       Nampak tk logo kat atas tu ? Ni lah logo pertandingan F1 in school . Pertandingan ni dijalankan di Malaysia sejak tahun 2006 . Sebelum ni dijalankan di luar negara je~ Tapi , sekarang , Malaysia dah jadi sebahagian negara yang menguasai pertandingan ni . Wakil malaysia juga ada yang pernah menang beberapa kategori masa peringkat antarabangsa .
   
        Tahun ni , tahun kedua STTJ wakilkan pelajar dlm pertandingan ni . Tahun lepas , dapat lepas sampai peringkat kebangsaan . Tapi kalah , atas beberapa sebab . And , aku harap tahun ni kitorang akan sampai sejauh tu jugakk . berharap sangat . :) Tahun lepas , diorang gunakan nama kumpulan ' STTJ F1' dan tahun ni pon group aku menggunakan nama kumpulan yang sama . Tapi , tahun lepas hanya satu team je yang masuk dari STTJ , tapi tahun ni cikgu hantar 2 team . 'STTJ F1' & 'TJTI F1' .



                Ni group TJTI F1 . Group ni ade 2 lelaki , 2 perempuan . Gempakk jugakk group ni . Yelah , sorang reti design , sorang pandai spelling , sorang pandai reka grafikk , sorang lagi pandai bab-2 manufacturing . Group ni terdiri daripada :-

            Muhammad Aqmal Bin Hamzah - Manufacturing Engineer ( Leader)
            Firdaus Hakimi Bin Mahadzir - Design Engineer
            Nur Hidayah Bt Zulkifli - Graphic Designer
            Shahira Mahirah Bt Mustafhakamal - Resource Manager


       Group STTJ F1 pon sama je :) 2 lelaki , 2 perempuan . Kami ponn gempakk . Semua bertanggungjawab tapi kadang-2 kitorang ni lalai + leka jugakk . Gelak tk pernah lepas dari kitorang .Tapi , kerja kitorang ttp berjalan . Hasilnya , 1 design dah siap ! Portfolio pon dah sampai page yang ke-5 . Tapi kami masih mencari sponsor yang sudi taja kitorang . Harap-2 adelah . InsyaAllah ^^ . Group STTJ F1 terdiri daripada :-



                   Najwa Syahirah Bt Nasarudin - Resource Manager ( Leader )


                                       

                                   Intan Zulaiha Bt Zulkifle - Graphic Designer


                                       

                           Muhamad Amirul Imran Bin Rosli - Design Engineer

                                                               &

                          Muhd Hafiz Bt Noor Azreen - Manufacturing Engineer

               Kami dibimbing oleh :-




                              Encik Nurul Mukhlis Bin Kostor

      Antara aktiviti kitorang sepanjang kat sekolah :-

   
Slide video ini dibuat khas untuk mencari sponsor xD


                                                                             


                      Ini antara beberapa pilihan dalam memberi tajaan . Ada 3 package kesemuanya . :)


                Kau tengok gambar atas ni ^ .. Kami sedang bertikam - lidah sebenarnya ! = =' *haha* ^^
     
       Inilah antara yang perjalanan F1 in school yang dapat aku ceritakan . Harap-2 impian kami tercapai . InsyaAllah . Doakanlah kejayaan kami . Pertandingan akan dijalankan pada 3-4 Julai bertempat di Pusat Koko Rembau . Pray for us ya :) Bye , Assalamualaikum :)

p/s : Thanks lah kat Najwa sbagai leader yang tlh menjalankan tanggungjawab dia dgn baik sekali . Tahan dgn perangai kitorang teutama aku yang paling nakal ni . Hehe , kay , aku mengaku aku nakal ! ^^ BTW , wawa mmg kawan yang baik . Actually semua kawan aku baik but Wawa selalu spend time dgn aku :) Sayang kau Wawa ~

Saturday, 25 May 2013

Semakin Ceria , Semakin Bertenaga :)

Assalamualaikum ,


 Agak lama tak updata post kat blog ni kan ? Maaf lah , saya sekarang kat asrama , macam mana nak update blog kan ? hehe . Alhamdulillah , kehidupan kat asrama semakin baik . dah masuk 4 bulan aku duduk kat asrama tu . banyak benda yang dah jadi . semua tu buat aku lebih bersemangat + ceria + bertenaga nak harungi hidup kat asrama tu dlm masa 2 tahun ni .


    9-20 / 5 aku ada exam . Mid-year exam . Alhamdulillah , dapat jawab tapi markah entahlah .. agak menurun sikit . InsyaAllah masa akhir tahun nnti aku perform . susahlah nak perform sekarang . dgn F1 yang aku masuk lagi . membataskan aku punya masa nak belajar actually . tapi sebenarnya semua tu hanya cabaran untuk kita kan ? aku je yang ngade-ngade tak nak belajar . org lain boleh je belajar .


    Dalam masa 4 bulan kat asrama ni , ramai jugak kawan yang aku ada . rasanya , kalau nak aku listkan pon , beratus-ratus . tapi yang rapat dgn aku just dorm 1 , kwan sekelas dgn geng-geng F1 aku . Tapi yang paling rapat dgn dorm aku lah . mana taknya , setiap hari ngadap muka dieorang je . haha . dorm aku paling happening , paling bising dan paling ramai . Alhamdulillah , setakat ni diaorang suma baik dgn aku . cuma kalau ada problem sikit tu , biaselah kan ? haha . XD .

   
     Tangan macam malas je nak menaip , maaflah . tengah nak topupkan kepenatan ni dgn cara tidur dkt rumah . online pon mcm malas je sebenarnya , tapi gagahkan diri jugak nak online . Tunggu lah new entry aku . pasal pertandingan F1 yang aku join tu . tapi xsure lagi bila aku nak post sbb tngh tunggu gambar daripada umi aku . hehe . That's all for now , tq :) Assalamualaikum

   

Monday, 25 March 2013

My life begin in ... Teknik Tuanku Jaafar

Assalamualaikum ..


      Tangan harini tetiba gatal nak menaip kann . Hurmm , baca tajuk tu sikit . Kuat lagi . Takk dengar , kuat lagi . Okay fine , dah dengar . 21/3/2013 haritu genap 2 bulan aku sekolah kat sekolah yang baru . Memang banyak pengalaman baru yang aku dapat . dan ada sebahagian daripada yang menyeronokkan tapi still ada sebahagian yang kurang menyeronokkan , means yang aku tak suka . Ala , semua org mesti ade benda yang die tk suka kan ? kalau tk ada , means die tk normal .

   Berbalik pada tajuk yang aku nak sampaikan hari ni . my life begin in ... Teknik Tuanku Jaafar . Sebenarnya . kehidupan sebagai seorang pelajar asrama bnyk mengajar aku erti hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan ibu bapa . tk macam kat rumah , kalau dekat rumah memang aku pemalas tahap paling tinggi . bayangkan , kalau nak basuh kain dekat rumah pon aku malas . tapi dekat asrama boleh dikatakan seminggu aku akan basuh kain 2 kali . kalau malas aku guna laundry je . tinggal suap duit rm 2 terus baju siap dibasuh . tinggal nak kena jemur je . kawan aku yang lain pakai tngn tapi disebabkan aku membawa penyakit "MALAS" aku ke asrama , aku basuh guna laundry je lah .

   Tapi yang bestnye duduk asrama , time cuti . Kita boleh buat ape-2 je . Tak de prep , takde riadah . Hari Sabtu dgn Ahad mmg hari yg paling aku suka bila duduk dekat asrama . Bayangkan , hari sabtu haritu bila bangun tidu , bersihkan diri kejap , masuk dorm aku dgn kawan aku yang lain main "BURGER" . macam budak-2 kan ? lepastu main A,B,C la . macam-2 lah . memang best . Tak main pon , mesti kiteorg tidur dalam dorm . memang bestlah time cuti . lagi satu yang best time cuti bila ada antara kiteorg yang outing dgn parents , time tu lah kiteorg ortder ape je dkt dieorg . McD , KFC semua boleh . lepastu pakat ramai-2 makan dalam dorm , tak payah susah-2 pergi DM makan malam . hehe :D



    Bila hari Ahad lagi best , ramai-2 gotong royong bersihkan Aspuri . Tak pun bersihkan dorm masing-2 . Time tu memang akan ada suara-2 bertempik suruh buat itu buat ini . Then , kiteorg pon buatlah kerja secara berkumpulan . semua adil . semua ada tugas masing-2 . Habis gotong-royong je semua terus tidur . padahal mandi pon belum ~! hehe . ala , biaselah . budak asrama memang cam gini . malas nak mandi . kerja sekolah pun malas nak buat . buat time prep malam je . lepastu esoknya bangun punyalah liat . kalau aku , aku selalu bangun pukul 5.30 pagi . dlm pukul 5.45 tu aku dah siap mandi , kemas tilam semua , aku pun tidur balik . bila azan je , bangun then terus pergi surau . Tulah rutin harian aku , kalau tak tidur pun aku buat homework yang tk siap .


  macam tu lah rutin harian aku sepanjang duduk kat asrama . petang-2 time riadah , paling malas pon duduk dkt Wakaf tngok org berlatih basketball or netball . paling rajin pon pergi jogging keliling sekolah . kalau aku duduk kat rumah , confirm petang-2 aku tidur . So , sedikit sebanyak aku rasa life aku berubah semenjak aku duduk asrama .


    That's all for now , thank you . Enjoy yourself :')
















Saturday, 23 March 2013

The Day That's Make Me Happy

Assalamualaikum ,


      Hai , such a long time not writting at this blog more , and i hope that you all still visit my blog even i am not always update my blog . i just wanna story about something happen to me . the day that's make me happy :)  .

  The story begin like this .:: when i was walking to my class , i bumped someone . someone that i like very much . he's so sweet like a candy . ohh , my heart fell dup dap dup dap that's time . Arghh , then he stands besides me . arghh , make my hearbeat fast , fast and fast . -THE END- . haha . lol :)



Saturday, 26 January 2013

** pinku day **

Assalamualaikum .. :D


        Kehidupan sebagai pelajar asrama dah bermula . Ramai yang kata tk best . Rasa nak hempukk je pakai batang kayu . Sebenarnya best duduk asrama ni . Banyak benefit yang kau dpt . Contohnya kau dapat uruskan masa dengan bijak , solat kau InsyaAllah tk akan tertinggal kecuali kau yang malas nak pergi surau . Masa lapang kau diisi dgn aktiviti yang menarik . Banyak lah benefit dia . Belum cuba belum tahu . Aku ni baru seminggu duduk asrama dah jatuh hati kat asrama tuh :) haha .


          Hari first rasa macam tk bermaya je . Malas-2 je nak pergi daftar . Daftar semua kena buat sendiri . Berdikari lah katekan ! Lepas dah daftar + tengok dorm , keluar kejap pergi makan . Habis makan , mak ngan ayah hantar asrama balik . Then , dieorg pun balik rumah . Eehh , nak bagitau ni , aku tk nangis tau . jangan nak memandai ckp aku ni cengeng ! Masuk asrama balik , tngok dah ada kelompok-2 kecil tngh berborak . aku ketinggalan =,= . Then , dduk kat sapa punya katil entah . dengar je lah dieorg berbual . yang aku dok tersenyum-senyum bila dieorg pandang aku . then , tetibe ada orang panggil aku join dieorg . aku pun pergilah . okay , happening gila group kiteorg . baru sekejap rasa macam dah kawan lama . memang macam famili dah aku tngok . First day memang lah penat . terkocoh-kocoh hidup kau rasa tk tenang tapi hari selepasnya memang best ! Percayalahh ... Tajuk aku kan tulis ' Pinku ' . That's is my nickname kat dalam dorm . hehe . budak dorm aku bagi . entah papeje dieorg letak nama aku pinku . lepas tu ada amir hatta (meta) dieorg ltk pinki sbb perangai die yang macam ke-girlan and sbb die pakai jam yang sejibik macam aku . haha . sengal je .


       Bila dah start aktiviti minggu silaturrahim , mmg best . Best sebab ramai senior yang cantik-2 . Aspura pulak ramai yg hensem-2 . haha . terpaku dibuatnya . Banyak aktiviti yg best . Paling tk buleh lupa masa menari Xi Chua Chua . memang ohsemm tarian tu . sampai aku 2 kali kena tarik naik pentas . semangat sangat nak buat . haha ! then , kiteorg dibahagi mengikut kumpulan . Aku dpt group 5 ! mmg happening group kiteorg dgn khadiran Akram , the Panda . fasi kiteorg pon sporting . thanks to bro hazim and sis rara sbb guide kiteorg sepanjang mnggu silaturrahim ni :) sayang korg XD .


     Pejam celik pejam celik , dah sampai hari Jumaat , semua budak form 4 tk sabar nak balik . aku pun dok terkocoh-kocoh susun baju dlm beg . padahal tk tau ape yg patut aku bawak balik . sumbatkan jelah selagi belum penuh beg tu . Paling tk leh lupa masa pagi khamis . masa tu MT panggil ada rocoll . kiteorg pon semua berlari-lari beratur dpn akak-2 MT ni . padan muka , kena tegur dgn akak MT .sedih hati aku . haha .  tapi dieorg tegur ada betulnya jugakk , kiteorg yang buat masalah . eeh , bukan aku . kawan-2 aku yea . hihi . ramai jugaklah kawan yang aku jumpa . Dorm aku je dah 20 org , kawan kelas dah ada 7 org . sume pompuan . lelaki aku tak tau kenapa dieorg tknak pilih perdagangan . ramai pilih LK . lantaklah sama dieorg . and ni antara kawan-2 aku yang aku ingat nama dieorg .


  Qalis ,, Nikky ,, Athirah ,, Izzati ,, Dayah ,, Wati ,, Pizah ,, Iman ,, Wani ,, Ayu ,, Zaza ,, Wawa ,, Atirah ,, Wani ,, Izz , Hasfa ,, Syakirah ,, Alfina ,, Hilwa ,, Mira ,, Nisa ,, Aqmal ,, Akram ,, Ghazi ,, Aimar ,, Adam ,, Ariff ,, Dayah DLL  ... .


P/S : rindu dgn EMITED , budak 4 sains , batch 97' SMKBJ , Batch 2009 Sk Tebong , Cikgu-2 and ramai            lagi . You all make my day feel happy :) I love you all :*
   



















Sunday, 20 January 2013

Harapan ...

Assalamualaikum , entry yang kedua last haritu aku ada ckp aku nk buat entry untuk kwan-2 aku kan ? Tpi entry lpas tu entry lain . So harini nak tulis entry yg aq ckap haritu . entry untuk kawan-2 aku . Nak mulakan dgn sapa dulu ? lelaki ? or perempuan ? sebab aku tk de kawan pondan dgn mak nyah . so , lady's first right ? sapa yg tk tau hormat perempuan tu bolehlah tekan (X) kat hujung belah atas kanan tu . lega dunia . kita mulakan dgn EMITED dulu .


Norraidah Bt Abdul Rashid (IDAH)
Thanks sbb sudi dduk kat sebelah aku masa form 4sains sekejap ni . Duduk sebelah kau best sbb aku suka buli kau . kau tu dah lah comel macam doremon . setiap hari kena cubit kat aku kan ? sakit ke best ? hehe . kau jugak antara orang yang selalu aku cerita kat mak aku . rahsia kau bnyk yg aku simpan kan ? tu pun kalau aku ingad lagi . nantikan , kalau aku jumpa kawan yg minat k-pop kat sana , aku suruh die add kau kt fb dgn follow twitter kau eh ? hehe :) Kau ni lah peminat tegar k-pop yg pernah aku jumpa . setiap hari mesti je ada pasal k-pop kan ? Tapi mulai esok , aku dah tk dpt dngr kau cite psal k-pop lagi . sedih wei . dah 3 tahun kita kawan , sayang nak tinggalkan kau . surat kau aku simpan , siap aku bawak pergi asrama lagi . melelh baca surat kau weh XD ! *aku kan kuat touching* . Aku akan simpan pen yg kau kasi tu . comel sngat . macam kau . haha XD .

Nur Izzatul Amira Bt Abd Khalib (MIRA)
kau lah org yang paling bnyak aku buli dalam kelas . haha . sorry beb . aku suka buli kau sbb kau ni tk tahan kena buli . sikit-2 merajuk . haha . tu yg best bila buli kau . tapi kau baik . kau selalu belanja aku kan ? means , kau ni tk berkira lah kalau dgn aku . tpi kau ni suka berahsia kan ? sepak laju-2 kang -,- . haha . tk pe tu hak kau nak berahsia-2 ni kan . nanti kau selalulah update status kau pasal aku eh ? sayang kau :*

Nurul Fatihah Bt Jamali (TEAH)
Beb , comel lah cawan yang kau kasi tu . tapi kesian aku wei , nak minum air pon agaknya tk cukup kott . agaknya 20 kali air yg akan aku  minum bila gune cawan kau tu . mmg kecik wei . haha . kau ni mmg kasar tapi bab-2 bercinto , kasi kat kau . ahaha . kira kau ni minah bunga jugaklah . :) Peace . tapi aku takut jugak dgn kau , sbb kau ad taekwando , aku ? aku setakat ada asas taekwando je . tu pon dapat belajar sehari je sbb aku tk mampu nk byr yuran taekwando yg mahal sngt tu . kau mampulah kan ? kesian aku wei :) aku akn ingat suma yang kau selalu buat kt aku mcm pkul aku , kacau aku . haha . jgn lupa aku tau :)

Nur Shahirah Bt Laham (SHIRA)
kawann , kenapa kau nangis wei ? sbb aku nk pindah ke sbb org lain ? *kay aku perasan kejap* . jgn lah sedih , kita still boleh jumpa lagi . kau punya rumah tk sampai 100m pun dari rumah aku . cuma dihalang dgn pokok mangga kau yang membesar macam pokok durian je , haha . wei , nanti kau tngok-2 kan famili aku tau , ada papehal pasal kat sekolah , kau mcj je kt no mak aku . kau simpan lagi kan no mak aku ? mesej je kalau ada hal . kot ade cikgu nak kasi hadiah kat aku ke kan , tolong amikkan eh ? kalau ade lah . haha .nanti mesti aku rindu kau kan ? rindu masa naik van dgn kau . ni aku cakap untuk hari-2 yg mendatang kau naik van tanpa aku . "eeh , kek wei " , "jom , tengok arnab" , "kete sapa ni?' . haha . ingat tau untuk kau sampai abis sekolah nnti . jangan lupa pulak . haha .

Nur Diyana Bt Abdul Halit (DYANA)
ohh , biniku tersayang , kau jaga anak kita baik-2 tau . haha . jgn lupa kasi dia makan yg secukupnya sbb aku tngok dia punya badan kurus kering mcm kau tk kasi mkan sepuluh hari . ahaha . ehh , lupa pulak kau pon pindah jugak kan ? nanti senang-2 kita jumpa eh . mesti aku rindu nak pergi tandas dgn kau . kalau pergi tndas dgn kau mesti lama kan ? sbb kau akan selalu tk puas hati dgn tudung kau yg bagi kau senget tpi bagi aku dah perfect . haha . sayang kau :)

Danial , Jaka , Thina , Bakhtiar , Faezwan , Nadiah , Liyana , Kai En , Mei Yen , Tau Vun , Seha , Eqqin  :)
Kau jaga bdak pompuan kt klas 4sains ni betul-2 . jgan nak buli dieorg pulak . kalau aku dpt report korg buli dia , siap korg . aku kasi makan kaki cap gajah bulat nak ? haha . tk pe aku tau kau baik . lagi-2 thina kan ? haha . belajar elok-2 tau korang . tapi aku harap , korg kasilah budak pompuan 4sains dapat no 1-11 tau . korg dduk kat belakang-2 sikit . hehe :) to nadiah dgn liyana , korg pon sama jugak . sayang korg . belajar betul-2 tau . aku tau susah bagi korg dduk dlm kelas sanis ni , tapi belajar elok-2 tau . kasi potong budak upm perempuan tu . haha . mmng aku tabik korg nnti . kasi gegar stau kelas . to chinese girls , wish that you will always friends with the malay . belajar pandai-2 tau . hehe :) nanti rindu pulak nak dngr tau vun bersoal jawab dgn cikgu .To seha and eqqin , mesti aku kan rindu korg ber-2 sebab sorg suka gelabah , sorg laki suka marah-2 . haha . kegelabahan kau akn aku ingad seha . hehe :) XD . eqqin , walaupon aku asyik cari pasal dgn kau sbenarnya tu sume aku nak uji kau je . nak tngok kau ni sabar ke tk . sorry tau wei . sume tu gurau-2 gurau manje je :)

Conclusionnya , banyak benda sebenarnya aku nak cakap . tapi kalau aku tulis pnjg-2 pon , tk de org nk baca tk de guna jugak kan ? so aku harap lepasni korg akan belajar btul-2 and kasi gegar satu jalor dgn keputusan exam korg tau . gudluck :) Jangan pernah lupa aku tau . do contact me always . don't forget me . and the most important , don't forget me as the students of 4sains smkbj and the members of EMITED :) Love for all of u  from me , :) Intan Zulaiha Binti Zulkifle , Batch 97 :)

Thursday, 17 January 2013

Maafkan Aku Kawan :')

Assalamualaikum :)


Hari ni hari khamis . Esok jumaat . ye aku tau korang mesti tk lupe tarikh punya . sapa yang lupe tu pergi hantuk kpala kat dinding dgn cepad . biar pulih ingatan korg tu . cepaddddd ! Tengok tajuk , sedih kan ? Kay , kawan tk payah lah sedih sangat . aku kan EMITED . kite buddyz , tk kan terpisah kan ? rileks lah . chill okay ? aku nak cari suasana baru . faham aku yea kawan ? sayang kau :*

Banyak kenangan kat smkbj , memang tk leh nak lupe . dari form 1 sampai form 4 . kalau aku lupa tolong ingadkan aku sebab aku ni pelupa skit . sikit je , tk bnyk mana pon . kenangan dgn EMITED , rakan sekelas , rakan sesekolah . btul tk tatabahasa aku ni ? maaf , aku low skit bab tatabahasa ni . sorry-2 . Memang banyak .. nak ingad semua , tiap saat , tiap detik mmg tk lah .

kenangan manis , pahit semua ada . tapi bagi aku kenangan pahit tu lah yg akn menjadi kenangan manis suatu hari nanti . dah tua sok baru lah nak ingad zaman dulu-2 . tk ke sadis bunyi die . rase nak meleleh je air mata kan ? air hingus pun meleleh . eeh , ade ke air hingus ? lantaklah .

tadi satu lagi knangan manis dapat aku simpan . baru tadi . best buat eksperiment dgn korg . walaupon eksperimen group aku tk jadi , tapi memang best . bukan group aku sorg je tk jadi , group budak lelaki pon tk jadi jugak . so , jangan nak gelak dgn 'boo' sangat lah .! haha . main tepung tadi . kesian mira ngan ida . kena tepung kt muka . mira pulak pergi balas kat aku , memang err lah . susah nak ckap . hehe :) Pompuan kena tepung , laki kena cubit . ahha . padan muka . rasakan kesakitan tangan aku mencubit tgn korang . padan muka korg . lain kali jgn kacau aku . tapi paling tk puas hati bile bahktiar sapu kain buruk kat muka aku . memang busuk bau die . tk pe , aku sabar lagi sbb aku dah nak pindah kan ? aku rela dieorg buli aku . erkk , ayat aku mcm mintak penampar kan ? kasi sikit . sikit je . tk yah nak kuat sngad .

so , conclusionnya , bnyk memori kat smkbj . aku akn smpan sampai bila-2 . korg pon jgn lah lupakan aku tau :) ingad aku selalu . contact lah aku selalu . kalau tak de no aku , mintak lah . jgn nak malu dan segan sngt . kalau aku kenal kau , aku bagi . asalkan kau tk jual no aku . memang kena sepak dengan aku . ok bye :) jumpe entry aku hari ahad ni sebelom aku masuk asrama tau . wait and see :D

Sunday, 13 January 2013

Tawaran Diterima :)


Assalamualaikum ,



Alhamdulillah , tengok tajuk entry je pon dah bole agak aku dalam mood gembira kan ? Yes ! Gembira dalam sedih . Gembira sebab tawaran aku diterima tapi yang sedihnya sbb nak tnggalkan kawan-2 yang aku dah kenal , dah rapat selama 3 tahun aku kat smkbj . memang sedih tpi nak buat cam mana , tawaran aku diterima aku kena pergi jugak :) Mesti korang tertanya-2 tawaran apa yang aku dapat kan ? bukan tawaran meminang or tawaran jadi anak angkat raja or jadi bini PM .


                                                      TAPI ..... 




Tawaran aku masuk ke sekolah teknik tuanku jaafar seremban diterima . Memang aku nak sangat sekolah kat situ , tpi syg nak tinggalkan smkbj . Aku dalam dilema , tpi aku tetap kena pergi . Barang-2 banyak yang dah beli . Tinggal baju sikit-2 je lagi . Tu lah , nak hidup berdikari sangat kan , amik kau Intan tawaran kau diterima . Tarikh daftar 21/1/2013 . Tinggal seminggu je lagi aku bole skolah kt smkbj . sedih tk terkata tau tk ! bagilah bulan 2 baru daftar ke , ni lagi seminggu . Ohhmy ! Semoga aku bertahan dduk kat asrama nanti . Tujuan aku ke sekolah minggu dpn untuk menghabiskan sisa sisa baki yang aku ada untuk bermesra-mesraan dgn kawan-2 aku , nak bayar hutang yang tertunggak , melunaskan apa yang patut . Banyak sngt hutang aku ni . HAHA ! Kay , aku tau tu . tk yah ckap . semua org pernah berhutang kan ? tak hutang duit pon kau hutang barang ke , hutang budi ke mesti ada kan ? tk yah nak cakap korg tk pernah berHUTANG . aku sekeh kpale korang kejap lagi sampai tinggal tempurung kau je yang tinggal . terserlah kebijaksanaan aku kan ? grrr' .


Okay lah , entry aku sampai sini je . tunggu last entry aku sebelom aku masuk asrama nanti . entry yg aku buat khas untuk kawan-2 aku yang aku kenal . kalau tk nak tunggu sudah , laki kau dollah , mata kau sepet sebelah . amikk ! TQ :)