Saturday, 13 January 2018

Mencari yang hilang

Assalamualaikum semua, dah lama tak bersua. Lama sangat rasanya jari ni tak menekan keyboard tulis satu satu luahan hati dalam blog ni. Ahhahahhaha. Terlampau sibuk dengan duniawi, terlampau sibuk membazirkan masa dengan perkara yang tak berfaedah & terlampau memikirkan masalah, mencari jalan penyelesaian.

Topik harini, mencari yang hilang. Maaf rakan rakan yang sudah lama saya tak tegur kecuali rakan sebilik dan rakan yang berdekatan. Saya masih dalam proses mengenali diri sendiri dan sedang menganalisis diri dalam menghadapi pelbagai situasi yang mencabar & semakin mematangkan diri.

Secara jujurnya, saya ingin masa untuk menyendiri dan lebih memahami diri sendiri, apa kehendak diri, apa yang dicari dan apa yang aku iri. In shaa Allah setakat ni saya masih takde iri hati dengan sesiapa pun. Jangan risau teman teman.

Saya mencari kembali di mana diri saya yang hilang. Yang sebelum ni boleh bergurau senda senyum ketawa gembira bersama sama. Yang tinggal kini hanya rasa sunyi sepi mahu sendiri. Pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama di mana ada satu satu masa anda perlukan ruang dan peluang untuk menyepikan diri dari segala benda yang berlaku di sekeliling anda. Mungkin luarannya anda lihat saya masih mampu ketawa senyum gembira sentiasa sedangkan saya banyak menyimpan memendam risau gundah dan sebagainya. Saya sedang mencari solusi yang masih tak dijumpai. Doakan ya.

In shaa Allah dalam masa yang terdekat saya akan cuba kembali menjadi seperti dulu semula, tapi seperti yang saya kata, saya mahu masa untuk menyepi dan menyembunyikan diri.

Maaf kawan kawan, maaf teman teman. Tujuan saya menyembunyikan diri mahu lihat siapa yang mencari saya waktu saya sunyi, siapa yang datang saat saya sendiri dan siapa yang bertanya mengapa aku menyepi. Siapa yang mengikuti saya di Instagram, baru baru ini saya ada membuat status tentang erti persahabatan yang punya tempoh masa tertentu. Yang punya expired date. Aku sedang mencari jalan bagaimana mahu mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Saya tidak mahu terlampau rapat sampai saya sangat sayang sesorang dan susah untuk berpisah dengan mereka. Saya tak mahu terlampau baik namun terpaksa berpisah di tengah jalan. Seperti yang saya pernah rasa dulu.

Ya benar, kawan itu datang dan pergi tapi saya mahu sekurang kurangnya ada seseorang di sisi waktu lelahku jatuh bangunku gelak tawaku sedihku tangisku. Saya masih mencari. Benarkan saya mencari. Jangan pernah kongkong saya untuk duduk di satu kumpulan yang sama berulang, saya mudah bosan. Saya mahu cari angin baru. Benarkan lah saya buat begitu. Kalau duduk di kelompok sama saya hanya pengikut setia. Kadang kadang tumpang gembira kadang kadang tumpang duka. Saya penumpang sahaja bukan pemandu. Kadang2 jadi pemandu pun saya rasa bagai saya yang penumpang. Mungkin itu apa yang saya rasa. Mungkin saya yang terover. Mungkinlah. Atau anda masih tak kenal saya. Atau anda tak pernah pun fikir pasal saya dan perasaan saya 😊

Thursday, 29 June 2017

Final exam is around the corner!

Assalamualaikum and good night everyone.
Its been a while since i post the last diary. I've been struggling for this second semester of my degree and it took a lot of my precious time to spend on learning new things, new subjects in a new environment with new roommates and the same old friends or i could say my gang here which is trosss.
Actually, i do want to post this night because im tired to read all notes for my upcoming final exams started on this 3rd of July while me still on the mood for beraya.
For this final exam, i really hope that i could get at list 3.50 an above for my cgpa because i want to maintain as a dean list. I know it is hard but i'll try my very best.
Pray for my final exam ok!
Thats all for now, till next time. See you when i see you!

Love, Zulaihazulkifle.